Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum semua..
Semenjak ana berkenalan dengan seorang hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaan Allah ini benar-benar memberi kesan yang besar dalam hidup ana. Dia banyak menasihati dan membimbing ana. Lain kata, macam ustaz ana. Walaupun ana ini kadang kala degil. Tapi, Alhamdulillah.
Ana banyak membaca tentang artikel Islam untuk menambah ilmu ana yang serba kekurangan ini. Kali ini ana telah membaca sebuah artikel yang bertajuk "Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga".
Bila ana melihat tajuknya sahaja, sudah membuat ana berfikir jauh.
Dalam fikiran ana, "Ya Allah...Hebatnya WANITA SOLEHAH itu..Subahanallah..lebih baik dari bidadari di atas sana, Syurga.."
Siapa yang tidak menginginkan menjadi wanita solehah?
Artikel ini mengatakan bahawa, "Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW."
Jadi pada pandangan ana, ana menginginkan seorang lelaki yang bisa membawa ana hingga ke syurga. Ana tidak mengejar dunia semata-mata. Halal haram ana masih bisa membezakan. Ana masih sedang memperbaiki dan melengkapkan diri ana untuk dipasangkan dengan lelaki idaman ana. InsyaAllah.
Wanita solehah.
Tinggi sungguh darjat wanita solehah.
Menjadi muslimah sejati yang berjaya adalah impian ana. Ana berusaha mengisi hari-hari ana dengan sikap-sikap mahmudah. Ana cuba untuk buang sikap-sikap mahmuzah ana.
Hari demi hari.. ana belajar untuk mendalami ilmu Islam. Ana belajar untuk mengingati Allah SWT tak kira susah senang. Ana belajar untuk rindu Allah dan Muhammad. Kadang kala sambil ana membaca artikel-artikel Islam ini, tanpa disedari berlinangan air mata ana. Ana bertanyakan pada diri ana, "Rindukah aku kepada Allah dan Muhammad?" "Di manakah kedudukan ana sekarang ini? Adakah dekat dengan Allah? Jauh dari Allah? Atau sudah lupakan Allah? "
Ya Allah...ampunilah dosa-dosa hambaMu ini...
Ana cuba untuk membuat segalanya berasaskan Islam. Ana sering mengingati diri ana dengan nasihat yang dia berikan.
InsyaAllah suatu hari nanti, ana dapat menjadi apa yang ana impikan.
Amin..
Sekian saja daripada ana. Ana sudah mengantuk.
Assalamualaikum..
Artikel "Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga" :
http://myibrah.com/wanita-solehah-lebih-baik-dari-bidadari-syurga
